Blogger Widgets
RSS

Perkenalan Haiwan --- Flamingo

Flamingo ialah sejenis burung yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo sering berdiri dengan satu kaki. Alasan mengenai hal ini tidaklah banyak diketahui. Ada yang mengatakan bahawa flamingo mempunyai kemampuan untuk membuat setengah bahagian tubuhnya berada dalam keadaan tidur dengan posisi sedemikian rupa, namun hal ini belum cukup terbukti. Ada yang mengatakan bahawa kedudukan berdiri dengan satu kaki untuk menjaga agar kaki tidak basah. Flamingo menapis air untuk mendapatkan udang. Paruh mereka yang berbentuk sedemikian rupa menyesuaikan diri untuk menapis air dan lumpur untuk mendapatkan makanan. 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan -- Beruang

Beruang mempunyai cakar yang lebar, muncung yang panjang dan telinga bulat. Kuku-kukunya digunakan untuk mengoyak, menggali dan menangkap. Pengelihatan beruang hampir sama dengan penglihatan manusia. Bergantung pada spesiesnya, beruang boleh mempunyai 32 hingga 42 gigi. Gigi beruang tidak dikhususkan untuk membunuh mangsa mereka. Gigi geraham beruang lebar, rata dan digunakan untuk memotong dan mengisar tumbuhan menjadi potongan lebih kecil yang boleh dicerna. Beruang mempunyai empat cakar. Setiap cakar mempunyai lima kuku yang tajam dan panjang. Kuku tersebut boleh digunakan untuk memanjat pohon, menyobek sarang lebah, menggali akar atau menangkap mangsa, bergantung pada spesies. Jangan meremehkan beruang, ia boleh berlari mencapai kelajuan 50km / jam (30mph).







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan -- Unta

Unta adalah mamalia yang hidup di padang pasir dan mampu tidak makan dan minum selama beberapa hari. Ada banyak hal yang membuat mereka mampu menyesuaikan diri. Salah satunya adalah pundaknya. Banyak orang mengira ponoknya menyimpan air, tetapi sebenarnya tidak. Ponok unta menyimpan lemak khusus, yang pada suatu ketika boleh diubah menjadi air dengan bantuan oksigen hasil respirasi. Satu gram lemak yang ada pada ponok unta boleh diubah menjadi satu gram air. Unta mempunyai bulu mata yang tebal. Bulu mata tebal digunakan untuk melindungi mata mereka dari ribut pasir. Unta mempunyai perut dengan tiga bahagian. Mereka makan rumput, gandum, daun dan tanaman. Unta dapat hidup sampai kira-kira 30-50 tahun.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Penyu

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran dan bertelur. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu yang sedang bertelur sering terlihat mengeluarkan air mata, sebenarnya mereka mengeluarkan garam-garam yang berlebihan di dalam tubuhnya. Penyu akan menghentikan proses bertelur apabila mereka terganggu atau merasa dalam bahaya. Oleh itu, jangan mengganggu penyu yang sedang bertelur.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Enggang

Burung enggang adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran. Biasanya paruhnya itu berwarna terang. Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung  di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina. Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Ikan Paus

Ikan paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus merupakan haiwan mamalia. Ikan paus bernafas melalui paru-paru, berdarah panas, mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak, mempunyai empat ruang jantung. Ikan paus memerlukan udara untuk bernafas dan mesti naik ke atas permukaan air untuk mendapat oksigen. Ini dilakukan melalui lubang pancutan pernafasan. Kesemua mamalia tidur termasuk ikan paus, tetapi ikan paus tidak boleh dalam keadaan tidak sedar atau tidur terlalu lama, ini kerana mereka perlu sedar untuk bernafas. Ikan paus berkomunikasi sesama sendiri melalui bunyi berirama yang dipanggil nyanyian ikan paus. Ikan paus yang besar dan kuat ini dapat menghasilkan bunyi yang kuat (bergantung kepada spesies). 












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Landak

Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, ia akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, ia akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Burung Unta

Burung unta merupakan burung yang terbesar dan burung yang tidak boleh terbang. Ketinggiannya sehingga 2.5 meter (8 kaki). Burung unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang udara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). Burung unta terkenal dengan sarang masyarakat, di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang. Telur burung unta adalah telur terbesar.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Tenggiling

Nama saintifik tenggiling ialah Manis Javanis. Tenggiling merupakan haiwan mamalia, bertulang belakang (vertebrat), berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Jantung tenggiling terdiri daripada empat bahagian seperti manusia. Apabila ia terancam, tenggiling akan menggulungkan badannya sebagai satu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras. Makanan utamanya ialah anai-anai dan semut. Tenggiling suka berehat di dalam lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar serta mengorek lubang tanah.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Orang Hutan

Orang hutan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Orang hutan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang hutan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Haiwan-haiwan Bergerak

Terbang


Berjalan  走

Berlari  跑

Merangkak  爬

Mengesot  蠕动

Menjalar  滑行

Melompat  跳

Berenang  游

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS