Blogger Widgets
RSS

Perkenalan Haiwan --- Ikan Lumba-lumba

Ikan lumba-lumba adalah mamalia laut yang sangat cerdas, ia dapat menolong manusia apabila ia sudah terlatih. Bayi ikan lumba-lumba yang baru lahir akan dibawa ke permukaan oleh ibunya agar dapat menghirup udara. Ikan lumba-lumba perlu naik ke permukaan untuk bernafas supaya tetap hidup. Ikan lumba-lumba bernafas melalui lubang udara yang terletak di atas kepalanya. Tubuhnya yang licin dan ramping sangat sesuai untuk berenang. Ikan lumba-lumba suka makan sotong dan ikan seperti ikan mullet abu-abu. Ikan lumba-lumba hidup dalam kumpulan. Mereka sering bermain bersama. Seseekor ikan lumba-lumba tidak boleh tidur nyenyak di bawah air kerana ia boleh tenggelam. Oleh itu, mereka hanya tidur beberapa saat dalam sehari.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Flamingo

Flamingo ialah sejenis burung yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo sering berdiri dengan satu kaki. Alasan mengenai hal ini tidaklah banyak diketahui. Ada yang mengatakan bahawa flamingo mempunyai kemampuan untuk membuat setengah bahagian tubuhnya berada dalam keadaan tidur dengan posisi sedemikian rupa, namun hal ini belum cukup terbukti. Ada yang mengatakan bahawa kedudukan berdiri dengan satu kaki untuk menjaga agar kaki tidak basah. Flamingo menapis air untuk mendapatkan udang. Paruh mereka yang berbentuk sedemikian rupa menyesuaikan diri untuk menapis air dan lumpur untuk mendapatkan makanan. 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan -- Beruang

Beruang mempunyai cakar yang lebar, muncung yang panjang dan telinga bulat. Kuku-kukunya digunakan untuk mengoyak, menggali dan menangkap. Pengelihatan beruang hampir sama dengan penglihatan manusia. Bergantung pada spesiesnya, beruang boleh mempunyai 32 hingga 42 gigi. Gigi beruang tidak dikhususkan untuk membunuh mangsa mereka. Gigi geraham beruang lebar, rata dan digunakan untuk memotong dan mengisar tumbuhan menjadi potongan lebih kecil yang boleh dicerna. Beruang mempunyai empat cakar. Setiap cakar mempunyai lima kuku yang tajam dan panjang. Kuku tersebut boleh digunakan untuk memanjat pohon, menyobek sarang lebah, menggali akar atau menangkap mangsa, bergantung pada spesies. Jangan meremehkan beruang, ia boleh berlari mencapai kelajuan 50km / jam (30mph).







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan -- Unta

Unta adalah mamalia yang hidup di padang pasir dan mampu tidak makan dan minum selama beberapa hari. Ada banyak hal yang membuat mereka mampu menyesuaikan diri. Salah satunya adalah pundaknya. Banyak orang mengira ponoknya menyimpan air, tetapi sebenarnya tidak. Ponok unta menyimpan lemak khusus, yang pada suatu ketika boleh diubah menjadi air dengan bantuan oksigen hasil respirasi. Satu gram lemak yang ada pada ponok unta boleh diubah menjadi satu gram air. Unta mempunyai bulu mata yang tebal. Bulu mata tebal digunakan untuk melindungi mata mereka dari ribut pasir. Unta mempunyai perut dengan tiga bahagian. Mereka makan rumput, gandum, daun dan tanaman. Unta dapat hidup sampai kira-kira 30-50 tahun.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkenalan Haiwan --- Penyu

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran dan bertelur. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu yang sedang bertelur sering terlihat mengeluarkan air mata, sebenarnya mereka mengeluarkan garam-garam yang berlebihan di dalam tubuhnya. Penyu akan menghentikan proses bertelur apabila mereka terganggu atau merasa dalam bahaya. Oleh itu, jangan mengganggu penyu yang sedang bertelur.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS